Jutawan kosmetik terkenal tanahair, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mempunyai wang simpanan sebanyak RM5 Juta sewaktu usianya baru 23 tahun.
Aliff Syukri mendedahkan perkara itu selepas menjawab salah satu soalan menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram (IG) Story peribadinya.
Jawapan tersebut menyusul apabila pengikut menanyakan soalan, “Umur Berapa Mula Kaya?”
Aliff yang memberikan jawapan tersebut di entri IGnya memberitahu bukan mudah untuk capai apa yang dia ada sekarang.
“ Bukan senang nak senang” tulis beliau.
Rata-rata pengikut laman sosialnya kagum dengan pencapaian Aliff kerana tidak ramai anak muda yang boleh berjaya seperti beliau.
Sementara itu, Astro Gempak membongkar peribadi usahawan kosmetik terkenal itu daripada sudut pandangan seorang wanita iaitu isteri beliau Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Shahida meluahkan Sepanjang 11 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, mereka betah berdepan pelbagai kontroversi.
Akui Shahida, dia sentiasa berdepan kritikan dan kutukan segelintir netizen yang mengasihani dirinya beroleh seorang suami ‘gila glamor’ seperti Aliff Syukri. Namun, ini jawapan daripada Shahida sendiri..
” Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tetapi orang yang komen tidak tahu siapa suami saya.
” Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tidak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.
” Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga sekalipun dia akan ajak saya.
” Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tak pernah jumpa dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali memasakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap.
” Jujur saya katakan, dia adalah lelaki yang sangat menghormati orang lain terutama yang lebih berusia.
” Sepanjang hidup saya bersama dia, apa yang boleh saya simpulkan dia memang mulut cabul, tapi kalau marah dia cuma lima minit sahaja” luah Shahida kepada Astro Gempak.
-astroawani
NEXT PAGE:
Saya Dah Ada RM5 Juta Ketika Usia 23 Tahun, Kata Aliff Syukri
4/
5
Oleh
afgan19